Sistem ujian COVID-19 Rusia berupaya kesan varian baharu

04/02/2021 10:51 AM

MOSCOW, 4 Feb — Syarikat Sistema-BioTech Rusia pada Isnin mengesahkan sistem ujian pengesanan yang dibangunkan sebelum ini turut berupaya mengesan varian baharu virus COVID-19 termasuk yang dilaporkan di Britain.

“Penyelidikan yang kami jalankan mengesahkan kemungkinan untuk mengesan varian yang sudah bermutasi termasuk yang berasal dari Britain dan yang lain, menggunakan sistem ujian dibangunkan Sistema-BioTech,” lapor Agensi Berita Rusia (TASS) memetik syarikat itu.

Sistem ujian itu boleh mengesan gen proteinase 3CL, yang merupakan gen paling mungkin bermutasi.

“Varian baharu COVID-19 yang dikesan di Britain mempunyai gen tidak berubah walaupun terdapat 23 mutasi terkumpul pada gen lain. Oleh itu, ujian PCR Sistema-Biotech dapat mengesan jangkitan dengan berkesan walaupun terdapat mutasi,” kata syarikat itu.

Menurut syarikat berkenaan, pakarnya telah menjalankan penyelidikan ke atas spektrum virus yang berkaitan, termasuk agen penyebab pneumonia atipik 2003.

Varian baharu yang mula dikesan di United Kingdom pada 14 Disember 2020, dipercayai 70 peratus lebih cepat merebak.

Leave a Reply