Gigi Hadid bersalin di rumah


© Provided by Harian Metro GIGI kongsi pengalaman melahirkan anak sulungnya bersama Zayn. FOTO AGENSI

Pennsylvania: Model terkenal antarabangsa, Gigi Hadid berkongsi pengalaman melahirkan puteri pertamanya, Khai selama 14 jam di rumahnya di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 24 September lalu.

Gigi yang juga isteri kepada penyanyi terkenal Zayn Malik berkata, pada awalnya dia berhasrat melahirkan anak di hospital, namun bertukar fikiran selepas menonton dokumentari The Business of Being Born.

Menurut Gigi, melihat situasi penularan Covid-19 ketika ini, dia memilih untuk melahirkan anak di rumah kerana ibu serta adik dapat menemaninya.



Tidak hanya itu, proses bersalin berlangsung secara semula jadi tanpa suntikan epidural di rumahnya.

“Saya perlu meneran dengan kuat. Saya tahu proses kelahiran ini akan menjadi yang paling menyakitkan sepanjang hidup saya.

“Namun, saya berserah dan menganggap ‘inilah seharusnya’. Saya menyukai itu. Saya tahu ibu dan Zayn bangga dengan saya, tapi pada masa tertentu saya melihat mereka ketakutan,” katanya.

Menurut Gigi, Zayn melihat dari awal proses kelahiran itu.



“Saya juga tak sedar yang dia (Khai) sudah lahir. Saya agak keletihan dan ketika melihat Zayn sedang mendukungnya, itu detik yang paling berharga.” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button