JDT pinjamkan Liridon, Syahrian ke kelab Newcastle Jets


Alistair Edwards (Gambar fail)

05/02/2021 01:50 PM

JOHOR BAHRU, 5 Feb — Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dipinjamkan ke kelab bola sepak Australia, Newcastle Jets untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards menerusi hantaran di laman Facebook JOHOR Southern Tigers memaklumkan kedua-dua pemain itu adalah Liridon Krasniqi dan Syahrian Abimanyu.

“Kami menandatangani Syahrian pada penghujung 2020 sebagai pelan jangka panjang kelab dan langkah pinjaman ini selari dengan aspirasi untuk membentuk pemain ini bagi beberapa tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam laman sosial tersebut hari ini.

Menerusi hantaran itu, Edwards turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain berkenaan.

Berdasarkan rekod, JDT mendapatkan khidmat Liridon pada 20 Dis 2019 selepas pemain itu mencipta nama bersama Kedah dan Melaka.

Syahrian, pemain kelahiran Indonesia, pula menandatangani kontrak bersama skuad Harimau Selatan pada 23 Dis lepas.

Leave a Reply