Babi sejuk beku Brazil disorok dalam 4 kontena, dirampas

Babi sejuk beku Brazil disorok dalam 4 kontena, dirampas

Babi sejuk beku Brazil disorok dalam 4 kontena, dirampas
Norlela (tengah) menunjukkan barangan rampasan beberapa kes penyeludupan yang berjaya ditumpaskan pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang. – Foto NSTP/Faiz Anuar

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 96,000 kilogram (kg) daging babi sejuk beku dianggarkan bernilai RM2.7 juta yang cuba diseludup ke negara ini selepas menahan empat kontena di Pelabuhan Utara, 13 Februari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM, Norlela Ismail, berkata pemeriksaan ke atas empat kontena berkenaan menemui daging babi dipercayai tidak mempunyai permit import dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Modus operandi yang digunakan oleh pihak sindiket adalah mengikrar sebagai aksesori perabot di dalam borang manifes bagi mengelak dikesan oleh kastam.



“Nilai dagangan dianggarkan RM2.7 juta membabitkan rampasan sebanyak 96,000 kg,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Selangor, Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.

Norlela berkata, siasatan lanjut mendapati kontena terbabit dari Hong Kong, namun label terdapat pada barang sejuk beku itu dari Brazil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…


“Kita percaya daging babi (sejuk beku) ini cuba diseludup masuk dan kemudian dibungkus semula menggunakan pembungkusan tempatan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada sindiket ini adalah sindiket sama yang membawa masuk barangan sejuk beku di Sabah,” katanya.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, pihaknya merampas barangan berupa televisyen dan kipas siling termasuk cukai berjumlah RM1.1 juta.

Menurutnya, rampasan televisyen dibuat selepas pemeriksaan ke atas satu kontena di Pelabuhan Utara dan mendapati ia tidak mempunyai kelulusan SIRIM Berhad.

“Rampasan sebanyak 644 unit televisyen dengan nilai dagangan RM500,000 dilakukan. Pemeriksaan juga mendapati kontena diisytiharkan sebagai batuan marmar bagi mengelak dikesan.

“Bagi rampasan kipas siling, kastam melakukan pemeriksaan ke atas kontena dan menemui 1,990 kipas siling di mana pengimport gagal mengemukakan permit dari Suruhanjaya Tenaga (ST),” katanya.

Babi sejuk beku Brazil disorok dalam 4 kontena, dirampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan Akan Ke ICJ Untuk Berhujah Mengenai Palestin

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker