Rakyat Mahukan Pilihanraya- Mahu Sebuah Kerajaan Seperti BN Dahulu

Penyiksaan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan Mahathir DAP  dan PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin terhadap rakyat kini sudah sampai penghujng kemarahan. Kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi .

Selama hamper 3 tahun rakyat telah menderita siksa, menderita  perasaan, penuh emosi dalam  menjalankan kehidupan. Rata rata rakyat kini memilih agar pilihanraya diadakan secepat mungkin. Kerajaan Muhyiddin sedang berhadapan dengan rakyat dan bukan lagi berhadapan dengan ahli parlimen yang menyokongnya.

Kini rakyat Malaysia sudah membuat pilihan keputusan dan mahukan  hak mereka dipenuhi, amat jelas, rakyat Malaysia  inginkan pilihan raya pada waktu ini tetapi pada masa yang sama mereka mahukan sebuah kerajaan yang mampu menstabilan politik untuk menyelesai isu pandemik dan ekonomi.



Mandat yang telah diberikan kepada Pakatan Harapan dan juga PN telah mencelakakan Negara rakyat yang ada dalam Negara ini. Amanah yang telah diabaikan dari pemberi amanah. Mahathir, Guan Eng dan Muhyiddin adalah sosok tubuh yang bertanggungjawab terhadap kerosakan Negara ini.

Sekarang rakyat bukan mahu slogan, bukan mahu kata  kata hikmat lagi dari pemimpin PN, Rakyat perlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya, pada kadar segera.  Rakyat melihat hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu mengembalikan kecemerlangan dan kejayaan dalam Negara ini.

Rakyat mengakui, mereka telah silap pada PRU14 yang lalu, mereka tidak menyangka tingkah laku seorang yang bergelar negarawan rupanya seorang pemfitnah, kapitalis yang  menjahanamkan Negara. Rakyat sedar sekarang dan mandate baru mesti diberikan kepada pemimpin yang tegas dan meletakkan kedaulatan Rukun Negara dan perlembagaan ditempatnya.

Pembunuhan demokrasi dalam PN dilihat bukan lagi dilakukan secara tersembunyi, Hamzah Zainuddin adalah dalang kepada pebunuhan demokrasi ini. Penjualan manusia dikalangan orang politik sudah seakan jualan lelong dipasar borong. Tawar menawar dilakukan secara terangan. Orang politik ini lah yang telah membunuh demokrasi dalam negara ini.



Mereka dikalangan pemimpin PN mengumpan orang politik dengan mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri agar ianya menjadi rebutan. Apabila ini berlaku , telah ada yang mengkhianati partinya sendiri dan menyokong kepimpinan PN atas  sbb mahu dilihat sebagai orang yang diharapkan dan berpeluang diberikan kepercayaan untuk jawatan tersebut

Pentadbiran negara yang semakin bobrok, semakin hari semakin hancur, menteri yang dilantik dikalangan PPBM semuanya tidak boleh melaksankan tanggungjawab. Ini boleh dibuktikan apabila rakyat sedang dilanda musiabah banjir baru baru ini. Mereka menghilangkan diri dan membiarkan rakyat bergantung harap kepada pemimpin Barisan Nasional.

Rasuah untuk kelulusan projek secara langsung, pengguguran kes berprofil tinggi dan sebagainya turut menjadi bahan sogokan. Jadi tidak hairanlah kerajaan yang ada sekarang telah menaikkan rating rasuah dalam negara ini dan telah dilebelkan sebagai sebuah kerajaan yang korupsi dan tidak demokrasi.



Muhyyidin telah kehilangan majority sokongan, telah menggunakan alasan covid 19  dan mengistiharkan darurat untuk menyelamatkan politiknya. Rakyat melihat ini adalah satu tindakan langsung tidak bertanggungjawab dari beliau.

Tindakan ini sekali gus telah memudaratkan kehidupan rakyat  dalam meneruskan kehidupan yang normal. Muhyiddin langsung tidak memikirkan nasib rakyat, Seorang pemimpin yang mementingkan dirinya sahaja.

Atas sebab kehilangan majoriti ini lah rakyat menuntut agar pilihanraya diadakan  walaupun mereka tahu secara rasminya mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah sah sehingga 2023.

Difahamkan bahawa   satu Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang telah diumum pada 12 Januari lalu. Namun apa yang mencurigakan ialah apakah jawatankuasa ini aktif dalam membincangkan, meneliti dan membuat cadangan berkaitan penamatan darurat.



Banyak siri kegagalan sebuah kerajaan yang telah meyebabkan rakyat memilih untuk menunaikan hak mereka sebagai pengundi yang sah dalam Negara ini.  Kini Muhyiddin tiada pilihan lagi setelah tamatnya darurat.

Rakyat mahu menebus kesalahan mereka, rakyat mahukan sebuah kerajaan seperti kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato Sri Najib Razak satu ketika dahulu. Mungkin sebilangan daripada rakyat yang telah menafikan kejayaan ini dan telah, sedang dihukum oleh Allah akibat bersikap kufur nikmat.

Hanya Allah Maha Mengetahui, betapa kekesalan yang  menghantui benak rakyat yang memilih Pakatan Harapan sebagai mandat untuk memerintah Negara ini, Namun segalanya Allah tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang pembelit.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button