TOLAK TAWARAN HOLLYWOOD – NADIA BRIAN SANGKAL KERANA SEKSI TETAPI WAJAH EKSOTIK

Pelakon Nadia Brian sebelum ini memberitahu yang dia terpaksa menolak tawaran berlakon drama Hollywood yang memerlukannya melakonkan babak berbogel dan beraksi panas.

Meskipun menyimpan impian untuk berlakon di luar negara lebih-lebih lagi di Hollywood, Nadia berkata dia tidak akan menggadaikan maruahnya dan sebagai seorang Islam dia masih tahu menjaga batas.

“Saya begitu teruja apabila dimaklumkan membawa watak kekasih kepada seorang pembunuh upahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui cerita lebih terperinci mengenai babak dalam drama ini, saya terdiam seketika.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Saya diberitahu ada babak bogel dan adegan ranjang dengan hero berkenaan. Bagi saya, drama Hollywood memang normal dengan babak panas, tetapi bukan di Malaysia.

“Saya tak sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, agama dan negara. Saya orang Islam dan Melayu, saya masih jaga semua batasan itu. Saya anggap bukan rezeki saya,” katanya.

Dek kerana tawaran berlakon babak berbogel dan beraksi panas, ada segelintir netizen berpendapat Nadia ditawar sedemikian kerana imejnya yang seksi.

Image_3.jpg

Nadia bagaimanapun menyangkal dan berkata bukan imej seksi tetapi kerana memiliki wajah eksotik serta sudah pasti bakat yang dilihat.



“Saya tak rasa sebab seksi saya ditawarkan watak berkenaan. Saya diberitahu, syarikat produksi Hollywood itu mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon.

“Bagi saya, tuduhan ditawarkan watak berkenaan disebabkan seksi terlalu klise, stereotaip dan boring. Saya selesa menjadi diri sendiri, saya bukanlah seksi keterlaluan. Sebagai manusia biasa, saya juga mahu berubah ke arah kebaikan. Doakan saya berubah,” ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

BABAK UQASHA BERSALIN PAKAI SELUAR JADI KECOH – INI KATA MICHAEL ANG, KAMAL ADLI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker