UK usir tiga perisik China menyamar wartawan – Laporan

05/02/2021 01:01 PM

MOSCOW, 5 Feb — United Kingdom (UK) tahun lalu mengusir tiga warga China yang dipercayai menjadi pengintip dengan menyamar sebagai wartawan dan tinggal di UK dengan alasan bekerja untuk tiga agensi media berbeza, lapor Agensi Berita Sputnik.

Mereka yang diusir itu dipercayai adalah pegawai perisik Kementerian Keselamatan Negara , lapor media The Telegraph pada Jumaat.

Syarikat media China, tempat mereka bekerja, dilaporkan mungkin terlibat dalam rancangan pengintipan itu.

Setakat ini, China belum membuat kenyataan rasmi mengenai isu itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker