Rugi hampir setengah juta ‘melabur’ dengan scammer

Oleh – Syeikh Baran


Rugi hampir setengah juta ‘melabur’ dengan scammer
FOTO HIASAN

Pengurus syarikat berputih mata setelah wang berjumlah RM422,173 yang dilaburkan lesap akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun, kelmarin.



Katanya, lelaki itu mendakwa ditipu skim pelaburan atas talian yang menawarkan perniagaan barangan kesihatan secara dalam talian yang boleh memberikan pulangan lapan peratus bagi setiap pembelian.

“Mangsa yang tertarik dengan pulangan yang dijanjikan telah melakukan 43 transaksi pembayaran ke lima akaun bank berbeza sejak 6 Disember lalu hingga Ahad lalu dengan keseluruhan berjumlah RM422,173.

“Pembayaran tersebut adalah untuk pembelian barangan dan mangsa dijanjikan wang akan dikembalikan berserta lapan peratus komisen, namun apabila mangsa meminta bayaran balik dan komisen yang dijanjikan, suspek mengarahkan mangsa membuat bayaran tambahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, mangsa sedar yang dirinya ditipu suspek setelah diarahkan membuat bayaran tambahan selain diberikan pelbagai alasan ketika meminta bayaran balik dan komisen yang dijanjikan.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan juga akan meliputi penglibatan ‘keldai akaun’ sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading