Ukraine mahu jalin kerjasama penyelidikan antartika dengan Malaysia

06/02/2021 12:14 PM

Oleh V.Sankara

KUALA LUMPUR, 6 Feb– Ukraine dan Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan Antartika, kata Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.



Katanya, tahun ini, Ukraine menyambut ulang tahun ke-25 stesen penyelidikan Antartikanya.

“Ukraine antara 30 negara yang memiliki stesen penyelidikan antartika yang beroperasi sepanjang tahun dan bersedia untuk bekerjasama dengan negara lain, terutama negara yang tidak mempunyai pangkalan atau kemudahan sendiri di benua itu,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

Meskipun saintis Ukraine memainkan peranan penting dalam usaha penyelidikan Soviet, Ukraine tidak memiliki satu daripada 12 stesen Antartika Soviet berikutan perpecahan USSR.

Katanya, United Kingdom menyerahkan pusat penyelidikan terbaiknya, Faraday sebagai mengiktiraf potensi dan kemampuan saintis Ukraine.



“Ukraine kemudian mengambil alih operasi pusat itu pada 6 Februari 1996 menyaksikan bendera Ukraine berkibar di stesen itu dan dikenali stesen penyelidikan Vernadsky.

“Diharapkan tahun ini kita akan dapat menandatangani Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dengan Malaysia (dalam bidang penyelidikan Antartika),” katanya.

Mengulas lanjut, Nechytaylo berkata Malaysia telah melancarkan pusat penyelidikan Antartika melalui penubuhan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) di bawah naungan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau berkata tahun lalu, wakil YPASM dijadualkan mengunjungi Ukraine tetapi ditangguhkan disebabkan wabak COVID-19.



Menurut Nechytaylo, kerjasama bukan sekadar mampu merintis lebih banyak usaha penyelidikan di Antartika itu sendiri tetapi juga memberi peluang saintis untuk meneroka isu dan cabaran global.

Vernadsky dipilih bersempena nama Presiden pertama Akademi Sains Ukraine, Dr Volodymyr Vernadsky, terletak di Pulau Galindez stesen itu dikendalikan 12 pegawai.

Warga Ukraine peringati peristiwa ‘holodomor’ esok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button