Dasar makro China jamin kemampanan ekonomi


Kredit gambar: https://www.act.is/macro-forum-the-street-view/country-insights/china/

06/02/2021 01:54 PM

BEIJING, 6 Feb — Kerajaan China mengamalkan dasar makro yang efektif untuk menangani impak pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi sejagat, kata Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Beliau berkata demikian pada dialog peringkat tinggi bersama wakil usahawan Eropah yang diadakan secara maya pada petang Jumaat.



Dasar berkenaan berjaya memulihkan ekonomi, sehingga merealisasikan pertumbuhan sebanyak 2.3 peratus pada tahun lepas.

Sementara itu, kerajaan juga mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu syarikat mengatasi kesulitan semasa, antaranya melalui pendekatan penurunan cukai dan kos operasi bagi meringankan beban syarikat, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Katanya kerajaan China juga telah memperkasakan usaha memperbaik iklim perniagaan dan mendinamikkan pasaran, selain mempermudah prosedur pendaftaran syarikat serta menjamin persaingan yang adil.

“Sebagai Setiausaha Agung BN & MN, Saya Laksanakan 10 Dasar, Arahan Parti” – Annuar Musa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker