Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita

Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita

“Tak tahulah sama ada perasan sendiri, tapi rasanya macam dia suka dekat aku je…”

Pernah tak kamu alami situasi di atas? Kalau ada pasti kamu malu untuk bertanyakan pada si dia (lelaki) tentang perasaannya pada kamu. Iyalah kadang kala, signal yang diberi oleh mereka membuatkan kita wanita jadi keliru dengan maksudnya.

Dan tak dinafikan memang tak mudah nak baca isi hati dan fikiran seseorang. Tapi kalau kamu berada dalam situasi di mana si dia beri signal bahawa suka pada kamu, tapi tidak cakap apa-apa…. Miss Murai ada jalan untuk kamu mengesan sama ada si dia betul suka kamu atau tidak.

#1 Eye contact sepanjang masa

Mata tak boleh menipu tau! Jarang kalau orang tak ada perasaan pada kita, akan tumpukan perhatian dan fokus pada kita kan? Tapi kalau sudah suka, kita akan berusaha buat eye contact dan beri perhatian pada si dia. Samalah juga lelaki.

Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita
Foto – The Y Chromosome

Hormon neurochemical oxytocin akan dirembes apabila seseorang itu gembira atau bahagia. Dan hormon ini juga meningkatkan pelebaran mata hitam seseorang bila mereka suka atau gembira tengok orang yang mereka suka.

#2 Selalu akan hubungi kita dulu 

Kalau sudah suka, si dia akan sentiasa buka langkah pertama. Daripada berjumpa hingga ke hubungi kamu setiap masa. Kalau si dia telefon atau teks kamu, maknanya si dia sudah dilamun cinta tau!

#3 Ingat setiap perkara yang kita cakap 

Lelaki yang suka pada kita bukan saja akan tadah telinga mendengar celoteh kita tau… Tapi mereka juga akan ingat segala perkara kecil dan remeh yang pernah kita beritahu. Jangan terkejut ye kalau dia boleh ingat baju apa yang kamu pakai ketika berjumpa pertama kali atau makanan kegemaran kamu.

Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita
Foto – All Pro Dad

Menurut Azaria Menezes, Jurulatih Terapi Perhubungan mengatakan bila seseorang betul suka dengan diri kita, dia akan rasa ingin tahu dan menjadi orang pertama yang tahu tentang kehidupan peribadi kita.

#4 Berusaha untuk sentiasa ada di sisi kita

Bila sudah suka, sesiapa sahaja yang berusaha mencari jalan untuk sentiasa mendekati orang yang dia suka. Sama seperti lelaki juga kalau sukakan seseorang, mereka akan cari jalan untuk sentiasa ada bersama orang yang disukai. Dan kalau kamu perhatikan, bahasa tubuhnya juga akan nampak lebih clingy dan ceria.

Foto – All Pro Dad

Kalau masih lagi keliru, check kembali tanda-tanda di atas sekali lagi atau pun tanya je terus padanya okay?

Waspada keadaan cuaca, petanda kepala air – Bomba

Tanda-Tanda Lelaki Suka Kita

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker