SELEPAS ANAK LELAKI, ANAK GADIS NORMAN HAKIM PULA BERI DUIT BELANJA [VIDEO]

 

 

Image_1.jpg

 



“Saya sebak bukan sebab dapat duit tapi, sebab nikmat, rahmat dan barakah rezeki yang Allah bakal gandakan untuk anak-anak saya. Alhamdulillah hikmah sebalik PKP, saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian.

“Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat,” demikianlah tulis pelakon Norman Hakim menerusi laman Instagram dimana dia terharu apabila giliran anak gadisnya, Marissa Dania pula menghulurkan ‘duit poket’ kepadanya, selepas anak lelakinya, Danish Hakim berbuat demikian sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Norman sebak kerana duit yang diberikan oleh anaknya itu merupakan hasil titik peluh menjalankan perniagaan secara online.

Perkongsian pelakon berusia 45 tahun itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bangga dengan tindakan gadis berusia 16 tahun itu serta memuji cara didikan Norman dan Abby Abadi.



Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

BERBINCANG DENGAN MEMEY – NORMAN KATA BUKAN INSAN TERPILIH BERPOLIGAMI



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button