TLDM usir sembilan bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

Hebahkan !!!


Gambar ehsan TLDM

06/02/2021 10:36 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir sembilan bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh masuk ke perairan negara kira-kira 44 batu nautika tenggara Pulau Perak, Kedah, hari ini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengusiran itu dilakukan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa ketika melakukan rondaan OP Benteng di Selat Melaka Utara, kira-kira pukul 1.00 tengah hari.

“KD Mahawanga yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan sembilan buah bot nelayan Indonesia yang sedang menangkap ikan di kawasan perairan negara. Melihat kehadiran kapal ini, kesemua bot nelayan berkenaan segera beredar keluar dari perairan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sebuah pesawat CL 415 MP Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia yang melaksanakan tinjauan udara di Selat Melaka Utara turut digunakan untuk membantu pengusiran bot nelayan berkenaan pada pukul 3.20 petang.

KD Mahawangsa seterusnya kekal melaksanakan rondaan di Selat Melaka Utara bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara.

Leave a Reply

%d bloggers like this: