Mayat tanpa kepala, wanita ditahan bersama ibu bapa
Mayat tanpa kepala, wanita ditahan bersama ibu bapa

Tokyo: Polis merampas kira-kira 20 pisau dan empat gergaji dari rumah sebuah keluarga yang diserbu berhubung kes pembunuhan seorang lelaki Julai lalu yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di sebuah hotel di Sapporo, kata sumber siasatan pada Jumaat.
The Japan Times melaporkan Runa Tamura, 29, dan ibu bapanya sudah menerima waran tangkap awal minggu ini kerana disyaki membunuh seorang lelaki berusia 62 tahun yang tinggal di bandar bersebelahan dengan Sapporo.
Ketiga-tiga suspek itu pertama kali ditahan bulan lalu atas dakwaan termasuk meninggalkan mayat.
Polis percaya Runa adalah satu-satunya suspek di bilik hotel itu dan ibu bapanya pula berpakat dengan anak perempuan mereka untuk melakukan jenayah berkenaan.
Peguam untuk ibu bapa Runa pada Jumaat mengeluarkan kenyataan menafikan anak guamnya ‘bertindak bersubahat ke atas pembunuhan dan pembuangan mayat dalam apa cara sekalipun.’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Gulingkan Zahid, Mampukah Mereka?
- Let Us Call A Spade A Spade
- Kenapa Zeti tidak saman, protes bila dituduh terima sogokan oleh Leissner?
Menurut sumber, beberapa pisau yang dirampas ditemukan di dalam bilik Runa.
Mangsa, Hitoshi Ura, dipercayai dibunuh di bilik hotel di daerah hiburan Susukino Sapporo.
Ura mendaftar masuk ke hotel kira-kira jam 10.50 malam pada 1 Julai bersama seorang individu yang dipercayai Runa.
Individu dipercayai Runa itu dilihat meninggalkan hotel dengan beg pakaian kira-kira jam 2 pagi keesokan harinya, menurut polis.
Mayat Ura tanpa kepala ditemui pada 2 Julai oleh seorang pekerja hotel, dan kepala itu kemudiannya ditemui di bilik air kediaman Runa.
Bapa Runa, Osamu, seorang pakar psikiatri berusia 59 tahun, didakwa membeli bersama anak perempuannya barangan yang dipercayai digunakan dalam kes itu, termasuk gergaji, pisau dan beg pakaian.
Mayat tanpa kepala, wanita ditahan bersama ibu bapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?