BILA DAIYAN TRISHA HADIAHKAN IBU BAPA KERETA MERCEDES BENZ

“Saya menempah kereta itu sejak Disember tahun lalu dan Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memberikan kejutan kepada ibu bapa saya semalam sebagai hadiah ulang tahun (perkahwinan) mereka. Berahsia mengenainya selama beberapa bulan sangat susah. Ditambah, dengan pelaksanaan PKP yang kedua ini, jadi rasa masa tidak sesuai.

“Tapi, saya fikir sampai bila lagi masa yang sesuai?” kata penyanyi Daiyan Trisha, 28, yang gembira apabila dia akhirnya dapat menghadiahkan ibu bapanya iaitu Mohd Nasaruddin dan Samsiah Mohd Nor sebuah kereta jenama Mercedes Benz semalam, sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan yang disambut pada November tahun lalu.

Selepas tertunda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini, Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin bersyukur akhirnya hajat memberikan kejutan itu tercapai.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Daiyan yang berkongsi mengenai kejutan itu menerusi sebuah video di saluran YouTube miliknya itu turut merakamkan proses membeli kereta berkenaan yang dimulakan sejak Disember, tahun lalu.

Sewaktu memberikan kunci kereta terbabit dalam kotak kecil kepada ibu bapanya, mereka sekeluarga jelas beremosi. Ternyata kejutan dibuat Daiyan itu menjadi untuk membahagiakan ibu bapanya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

DAIYAN TRISHA BERI CALL & MESEJ ISTIMEWA – BEN AMIR AKUI RAPAT, NAFI BERCINTA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker