Kasihan Jasmine Suraya tak cukup rehat
© Provided by Harian Metro JASMINE Surayamohamadridzuan
Kuala Lumpur: Pelakon Jasmine Suraya mengakui tidak mempunyai waktu rehat yang cukup sebelum ini kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan pelbagai tugasan lain.
Jasmine yang sedang terbabit dengan drama berjudul PA Lelaki Kerek arahan Haris Kadir berkata, dia memanfaatkan sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) untuk mendapatkan rehat secukupnya.
“Agak lega juga kerana sebelum ini memang saya tidak berhenti bekerja setiap hari. Kalau ada cuti pun dipenuhi dengan mesyuarat dan pelbagai kerja lain.
“Jadi masa untuk tidur agak terhad. Apabila PKP dikuatkuasakan semula, saya manfaatkan sebaiknya dengan mendapatkan rehat yang berkualiti.
“Hendak berfikir mengenai penggambaran pun tiada gunanya kerana memang tak dibenarkan. Finas pun tak menggalakkan untuk berbuat sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi kebenaran mengadakan aktiviti seni termasuk penggambaran dalam dan luar studio serta acara langsung.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
NABILA ADA MASALAH PETI SUARA – DOKTOR NASIHAT REHAT PANJANG