PERNIAGAAN KOSMETIK – ZOEY TEGAS TAK TUMPANG NAMA RAKAN ARTIS

“Bukanlah jalan mudah dan singkat yang saya lalui untuk membina perniagaan ini. Selain cabaran, bermacam-macam dakwaan dilemparkan termasuk dipersoalkan populariti saya sebagai anak seni. Saya juga dikata cuba menumpang nama rakan artis yang popular untuk membantu perkenalkan produk kosmetik ini.

“Hakikatnya, saya berusaha sendiri dan tidak pernah terfikir pergunakan nama orang lain,” demikian kata pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Zoey Rahman yang menegaskan dia tidak pernah menumpang nama rakan artis lain bagi membantu memperkenalkan produk kosmetiknya, Mikaseries hingga berjaya di pasaran.

Ujar Zoey, dia sentiasa percaya, amalan berbuat baik dengan orang lain dan tidak bermusuh, banyak membantu segala urusan kehidupannya berjalan lancar, termasuk perniagaan kosmetik itu yang diusahakan sejak empat tahun lalu makin berkembang baik dan diterima ramai.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Tidak terkesan dengan dakwaan dilemparkan itu, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman berkata dia sekadar membiarkan dakwaan tidak berasas berkenaan berlegar-legar begitu sahaja selama ini.

“Saya jenis tidak suka melayan perkara yang menjurus pada provokasi serta berbaur negatif untuk memburukkan imej diri. Saya lebih suka dan selesa dikelilingi aura positif yang banyak membantu suntikan semangat untuk lebih berjaya.

Image_3.jpg

“Walaupun sedar saya tak pernah memenangi anugerah dalam kerjaya seni dan sekadar dicalonkan, namun tetap bersyukur masih mendapat tawaran berlakon. Bagi saya, yang penting masih diberi peluang. Soal popular atau tidak itu, bukan lagi keutamaan buat saya. Paling penting, produk lakonan dan pengacaraan saya masih ada kerana itu menunjukkan wujudnya permintaan,” tuturnya.

Zoey yang cukup dikenali dengan rancangan Gerak Geri Gasing itu baru-baru ini tampil dengan beberapa kisah sensasi berhubung pembelian kereta mewah yang dikata hadiah daripada pekerjanya sempena sambutan hari jadi, termasuk sujud syukur di padang selepas melihat papan iklan produknya di lebuhraya.

Rata-rata kisah Zoey cukup mendapat perhatian warganet yang kebanyakan mengecam dan tak kurang juga memberi sokongan dan galakan. Pun begitu, Zoey mengakui dia tidak kisah dengan kecaman dan kritikan itu.

SUJUD SYUKUR ZOEY DIKECAM: “KALAU PEMAIN BOLA BOLEH… KENAPA SAYA TAK BOLEH?”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker