PM Sudan bubar kabinet

08/02/2021 03:26 PM

KAHERAH, 8 Feb — Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok membubarkan kabinetnya menjelang rombakan yang dirancang akan diumumkan pada Isnin.

Menurut keputusan pada Ahad, menteri akan kekal dengan jawatan dan tugas mereka “di kementerian sehingga kerajaan baharu dibentuk.”

Minggu lalu, Menteri Penerangan dan jurucakap kerajaan peralihan Sudan, Faisal Mohammed Saleh memberitahu Sputnik bahawa pembentukan kabinet baharu ditunda ke satu tarikh lain kerana pasukan petugas politik negara belum menyerahkan senarai calon.

Keputusan akhir kabinet baharu pada awalnya dijangka diumumkan pada 4 Februari.

Pada Ogos 2019, tentera Sudan dan pihak awam bersetuju untuk menubuhkan sistem pemerintahan bersama setelah rampasan kuasa dan protes ganas selama berbulan-bulan. Mereka membentuk institusi, Majlis Berdaulat, dengan jumlah perwakilan tentera-awam yang sama dan penggiliran pimpinan untuk memerintah negara ini selama 39 bulan berikutnya dari masa peralihan.

Julai lalu, tujuh menteri sementara diberhentikan di tengah kritikan terhadap prestasi mereka dan digantikan dengan kuasa usaha sementara.

Pada Januari, Pengerusi Majlis Berdaulat Abdel Fattah al-Burhan memberi amaran kepada kumpulan politik bahawa jika mereka menangguhkan lagi pencalonan ke kabinet baharu di tengah perselisihan yang berlanjutan, pelantikan akan dibuat dalam keadaan darurat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *