Vaksin buatan China tiba di Kemboja

Hebahkan !!!

08/02/2021 02:56 PM

PHNOM PENH, 8 Feb — Kumpulan pertama vaksin COVID-19 buatan China selamat tiba di Phnom Penh, Kemboja pada Ahad.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata bantuan dari China itu akan merapatkan lagi persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Ketika berucap pada majlis penyerahan vaksin itu di lapangan terbang pada Ahad, beliau berkata ia sekali gus akan memperkasakan hubungan perkongsian strategik kedua-dua negara, selain membina komuniti berkongsi nasib.

Sementara itu, Duta China ke Kemboja, Wang Wentian berkata kedua-dua negara saling bergabung tenaga dalam melawan wabak.

Jelasnya, vaksin yang disumbangkan tentera China kepada tentera Kemboja turut melambangkan persahabatan erat China-Kemboja.

Terdahulu, Kemboja telah melancarkan program vaksinasi buatan China National Pharmaceutical Group Corporation (Sinopharm) pada Khamis selain majlis perasmian latihan suntikan vaksin COVID-19 sehari sebelum itu.

Untuk rekod, kumpulan pakar perubatan ke-16 ketenteraan China akan menawarkan latihan vaksinasi kepada lebih 150 kakitangan perubatan tentera Kemboja.

Leave a Reply

%d bloggers like this: