AIMAN TINO DIKONGKONG WANITA, ABAI KERJAYA SENI – IBU

IAT%2B1.jpg

“Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan,” tulis ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa terkilan terhadap sikap anaknya yang didakwa mula ‘buat hal’ hingga mengabaikan kerjaya seni.

Malah Hazelina atau Riena menerusi Instagram miliknya turut mendakwa kehidupan anaknya kini dikongkong seorang wanita.

“Aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan XXX!” tulisnya.



Biarpun tidak menyebut nama namun status tersebut dipercayai ditujukan kepada anaknya iaitu Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri. Apa yang menarik, Aiman dilihat meninggalkan ‘tanda suka’ pada status tersebut.

Klik untuk gambar besar

IAT%2B2.jpg

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Aiman sendiri tidak berjaya apabila penyanyi berusia 22 tahun itu enggan mengulas mengenai status yang dimuat naik ibunya.



Terdahulu, Riena ada memuat naik foto Aiman dengan kapsyen meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu.

“Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia,” kongsi Hazelina seolah ada yang terselindung.

Untuk info, Riena dan suaminya iaitu Yusri Iskhak mempunyai 11 orang anak termasuklah Aiman dan penyanyi Fara Hezel.

IAT%2B3.jpg



NAFI KERJAYA SENI TEMPAT KEDUA – SITI SARAH KATA SHUIB ADA PERANCANGAN RAPI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button