ISMA YUSOOF DEDAH DIRINYA HIDAP BIPOLAR, PERNAH DIDERA ABANG SEJAK KECIL

“Ketika kecil dulu saya selalu kena dera dengan abang sendiri, kadang-kadang disebabkan benda kecil sahaja. Salah buat perisa maggi kena belasah, kucing dia mati dia marah dan salurkan kepada saya.

“Saya bencikan abang saya sebab dia ganas dengan saya dan ia membuatkan saya teringat semula perkra yang dia lakukan kepada saya. Makan lama juga sampai saya remaja. Saya tak berborak dengan dia sampailah mak saya tegur jangan buat begitu. Tetapi saya trauma masa kecil dulu,” demikianlah dedah pelakon dan pengarah Isma Yusoof menerusi laman Instagram.

Dalam sebuah video yang dimuat naik, Isma menganggap isu LGBT yang dibangkitkan minggu lalu mampu menjadi pengajaran baharu kepada orang ramai biarpun ia mendapat kecaman hebat.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Isma turut mengulas lanjut mengenai dirinya apabila dia sekali lagi mendedahkan masalah kesihatan mental yang dialaminya berpunca dari pengalamannya ketika kecil. Dedah Isma, dia mengalami masalah bipolar disebabkan pernah melalui episod keganasan oleh abang kandungnya sendiri.

Isma kemudiannya mengambil pendekatan untuk berbicara dengan ibunya dan menggali semula punca situasi itu berlaku kepada abangnya. Kata Isma, ibunya juga melalui episod sukar apabila terpaksa menjaga anak-anak yang ramai ketika usia belasan tahun.

Image_3.jpg

Malah, keluarganya juga pernah ‘dididik’ dengan keganasan sejak turun-temurun. Mengimbas semula perjalanan menghidap bipolar, Isma mengakui penerimaan terhadap dirinya berbeza-beza mengikut demografik.

“Saya kena bipolar ketika di Kuala Lumpur. Saya mula ambil ubat selama 2 tahun, kemudiannya saya berpindah menetap di Langkawi selama 2 tahun pula. Ketika itu saya tidak bekerja. Ubat pun sangat mahal, jadi saya tak ambil. Di Langkawi tiada episod teruk seperti di KL. Tak ada panggil saya pondan atau gila. Mungkin sebab satu dunia ada di situ, mereka lebih terbuka,” tambahnya.

Sebelum ini, kecoh apabila Isma secara terbuka mengaku dirinya transgender dan tertarik kepada lelaki maskulin. Pengakuan itu mengejutkan ramai hingga ada yang menasihati Isma agar bertaubat.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

ISMA YUSOOF AKUI DIRI SEORANG TRANSGENDER, SUKA LELAKI MASKULIN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker