Petronas lancar filem web animasi ‘Yi Qi’ sempena TBC [VIDEO]


Kredit: FB Petronas

08/02/2021 11:42 PM

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Petronas menyambut tahun 2021 dengan melancarkan filem web animasi sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Yi Qi, kisah yang melambangkan keberanian, harapan dan ketabahan yang perlu diterapkan bersama oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah negara, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata Yi Qi, yang bermaksud ‘bangkit bersama’ meneroka tema perpaduan, keberanian, harapan dan ketabahan melalui kehidupan sebuah kota mitos dan penduduknya yang unik.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berharap filem web itu dapat mengingatkan semua rakyat Malaysia agar terus memanfaatkan keberanian mereka dalam mencari permulaan dan kebangkitan baharu, di tengah-tengah tempoh sukar ini.

 

“Walaupun rentak kehidupan kita telah berubah dengan ketara sejak tahun lalu, kita tidak boleh lupa bahawa dalam diri kita terletak semangat yang lebih besar yang memberi kuasa kepada kita untuk mewujudkan rentak baru kita sendiri seperti kita menyesuaikan diri dengan normal baru,” katanya.

Kisah ini berkisar di tanah mitos yang penghuninya, Penari Tarian Singa, hidup harmoni dengan bergerak dan menari mengikut rentak irama dram di sebuah kota yang sibuk, menurut kenyataan itu.

Yi Qi, yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Petronas dan laman Facebook bermula hari ini, hasil inspirasi tarian singa tradisional Cina, kerana penari akan bangkit semula jika mereka tersilap langkah, kerana mereka diiringi paluan dram yang sentiasa menceriakan mereka.

HATI-HATI UMAT ISLAM -ANIMASI IMAGINASI PESONG AQIDAH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker