Polis kesan dua saksi perbicaraan kes bunuh

08/02/2021 08:58 PM

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Polis sedang mengesan dua lelaki warga tempatan yang merupakan saksi awam bagi membantu perbicaraan kes bunuh disiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua individu dikenali sebagai Muhamad Khuzaimi Azkhar, 22, beralamat akhir di PPR Kerinchi, Pantai Dalam di sini dan Muhammad Hanief Zakrul Roslan, 19, beralamat akhir di Blok C10, Seksyen 4 Wangsa Maju.



Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Wangsa Maju DSP G. Stephan di talian 03-9289 9222/016-3767 390, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Dalam kenyataan berasingan, polis akan memanggil dan mengambil keterangan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun berhubung kemalangan melibatkan kereta dipandunya yang melanggar sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu, Rawang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kemalangan pada kira-kira 4.30 petang itu telah menyebabkan seorang penunggang motosikal wanita berusia 23 tahun mengalami cedera parah.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.



“Orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta memberi kerjasama dan menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Sakri di talian 019-9145 899,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis kesan saksi perbicaraan kes dadah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button