Polis KK berkas pengedar, sita dadah bernilai lebih RM280,000


ACP Habibi Majinji (Gambar fail)

08/02/2021 07:31 PM

KOTA KINABALU, 8 Feb — Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM280,000 dalam operasi di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan perumahan Kepayan di sini, empat hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu diberkas susulan risikan dan intipan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.



β€œDalam operasi pada 4.50 petang Jumaat lalu, polis menemukan pelbagai jenis dadah termasuk syabu seberat 3.558 kilogram di dalam kereta dinaiki suspek,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kesemua dadah yang dirampas itu boleh memenuhi permintaan hampir 30,000 penagih, katanya.

Beliau berkata suspek yang tiada pekerjaan tetap mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan ujian saringan urin mendapati suspek juga positif dadah jenis ketamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.



— BERNAMA

Polis berkas 3 individu ditahan SPRM sebelum ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker