TAYANG DAPUR MEWAH, AZWAN ALI TUDUH GUNA DUIT HARAM – INI BALAS ZIHA AF
Menerusi laman Instagram, bekas peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014) iaitu Ziha telah memuat naik paparan skrin status pengacara Azwan Ali atau Diva AA mendakwa dirinya menggunakan duit haram kerana sering menayang rumahnya yang dianggap mewah.
Azwan yang memuat naik status tersebut menerusi Twitter itu menuduh Ziha sengaja menayang ruang dapurnya yng mempunyai dekorasi yang mahal. Menurut Azwan, Ziha tidak mampu untuk memiliki semua itu kerana mendakwa penyanyi tersebut sudah ‘tidak laku’.
Ziha tidak berdiam diri apabila dia tampil membalas kenyataan Azwan dengan tenang. Dalam muat naik tersebut, Ziha pertama kali telah meminta maaf kepada pengacara ‘Lagu Cinta Kita 2’ itu jika ada membuat kesilapan terhadapnya.
Kata Ziha, dia bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Maha Esa dan tidak lupa ia hasil dari doa ibu bapanya. Entri tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menganggap dakwaan Azwan sebagai keterlaluan.
Klik untuk gambar besar
“Assalamualaikum. Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak personally. Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik.
“Saya bersyukur seadanya. Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak & keluarga kami. Apa yang kami ada, adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami.
“Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita ❤ #spreadlovenothate #sharethelove #staysafe,” tulisnya.