Gali ‘lubang tikus’ dengan tangan bebaskan 41 pekerja terowong terperangkap

Gali ‘lubang tikus’ dengan tangan bebaskan 41 pekerja terowong terperangkap

Gali 'lubang tikus' dengan tangan bebaskan 41 pekerja terowong terperangkap
TENTERA bersiap sedia di lokasi runtuhan terowong jalan Silkyara untuk menyelamatkan 41 buruh yang terperangkap dalam terowong itu. FOTO AFP

Silkyara: Jurutera tentera India pada Isnin mengumumkan bersedia untuk menggali runtuhan terowong jalan Silkyara di Uttarakhand, India dengan menggunakan tangan untuk menyelamatkan 41 pekerja yang terperangkap dalam terowong itu sejak 16 hari lalu.

Tentera merancang untuk menggunakan teknik dipanggil ‘perlombongan lubang tikus’, iaitu kaedah menggali lubang sempit untuk mencapai lapisan paling dalam pada runtuhan terowong yang berbaki sembilan meter ke lokasi mangsa terperangkap.

Minggu lalu, jurutera pasukan keselamatan negara itu menggerudi laluan ke terowong itu secara mendatar sejauh 57 meter, bagaimanapun galang logam alat gerudi patah sebelum sampai ke lokasi mangsa terperangkap.



“Bahagian mesin (gerudi) yang patah dan tersangkut di dalam terowong sudah dialihkan,” kata kakitangan awam kanan, Abhishek Ruhela kepada AFP pada Isnin.

“Persediaan sedang dibuat untuk memulakan kerja penggalian secara manual,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




“Kakitangan batalion kejuruteraan tentera India bersama pegawai penyelamat lain bersiap sedia untuk melakukan ‘perlombongan lubang tikus’ (menggali menggunakan tangan).”

Jurutera ketika ini membersihkan laluan penggalian yang lebarnya hanya memadai untuk seseorang merangkak melaluinya, dalam keadaan suhu semakin sejuk di lokasi pergunungan terpencil di Uttarakhand itu.

Dalam usaha berasingan, pasukan penyelamat turut melakukan penggerudian secara menegak di lokasi runtuhan bagi kedalaman 89 meter menuju ke lokasi mangsa tereprangkap.

Penggerudian berjalan dengan baik dan pasukan keselamatan sudah mencapai kedalaman 19 meter pada lewat Ahad, kata Pegawai Tinggi Kementerian Jalan Raya India, Mahmood Ahmed.



Pada 12 November lalu, seramai 41 pekerja binaan terperangkap dalam runtuhan terowong jalan Silkyara itu.

Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami berikrar pada Isnin bahawa semua mangsa akan diselamatkan.

“Jangan risau, semua mangsa akan dibawa keluar dengan selamat,” katanya dalam hantaran di aplikasi, X.

Semua mangsa yang terperangkap diyakini hidup pada Selasa selepas pasukan keselamatan membuat intipan dengan lensa kamera endoskopik menerusi paip di terowong itu.



Walaupun terperangkap, mangsa mempunyai banyak ruang dalam terowong yang berketinggian 8.5 meter tinggi dan terbentang kira-kira dua kilometer panjang.

Gali ‘lubang tikus’ dengan tangan bebaskan 41 pekerja terowong terperangkap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading