Penganggur Makin Meningkat Kerana Covid19

Ekonomi Semakin ‘Nazak’, Pengganguran Naik 4.8%

Covid19 yang melanda negara sejak 2020 mengakibatkan ekonomi Malaysia semakin ‘nazak’.

Menurut Ketua Perangkawan  Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020 meningkat 0.1% atau 19,300 orang kepada 15.22 juta orang selepas mencatatkan penurunan kecil pada bulan sebelumnya.

Inilah dilemma yang dihadapi rakyat sekarang. Kehilangan kerja kerana majikan meminimakan kos malah lebih teruk ada majikan terpaksa menggulung tikar kerana tidak mampu menampung kos.

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan penutupan sektor pekerjaan tertentu, impak yang besar menimpa majikan dan pekerja sehingga majikan membuat keputusan sukar.

Walaupun kerajaan cuba membantu sektor yang terjejas dengan pelbagai insentif ia masih belum menunjukkan tanda positif berikutan penularan covid19 yang melonjak tinggi.

Bagi tahun 2021, kerajaan terpaksa mengambil langkah lebih drastik melaksanakan PKP 2.0 (darurat).

Dengan ribut politik yang menggugat kestabilan politik negara, pelabur mula mengalih pelaburan ke negara lain menambah ‘parah’ kepada mereka yang memerlukan pekerjaan bagi menampung kehidupan.

Mungkin kadar pengangguran negara akan lebih tinggi pada 2021. Faktor penjanaan ekonomi yang agak terhad juga mampu menyumbang kepada kenaikan jumlah penganggur. Diharapkan kadar inflasi tidak naik mendadak dengan teruk.

Apa pula pendapat rakyat berkaitan isu ekonomi dan pengangguran? Kestabilan politik turut menjadi faktor perkembangan atau penguncupan ekonomi negara.

Secara langsung ia adalah faktor yang mempengaruhi keputusan pelabur samada memilih Malaysia dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan atau memilih negara yang politiknya lebih stabil bagi menjamin pelaburan mereka.

Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, perubahan besar politik perlu dilakukan bagi memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur. Jawapan untuk berbuat demikian hanya boleh ditentukan dengan kertas undi dalam Pilihanraya.

Bagaimanapun PKP 2.0 (darurat) memberi gambaran pembubaran parlimen dalam jangka terdekat adalah mustahil. Walaupun Perdana Menteri memberi jaminan akan melaksanakan PRU, ia bergantung kepada keadaan semasa selain memastikan penularan covid19 telah reda.

Penganggur direman disyaki minta rasuah RM200,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker