PUJUK ISTERI DENGAN PINANG SEMULA – AKHIRNYA USAHA SHUK BERJAYA, NAFI GIMIK

Umum sedia maklum mengenai rumah tangga pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang sebelum ini hangat diperkatakan dek kerana kontroversi mengenai kecurangan di media sosial.

Image_1.jpg

Namun terkini, selepas tiga minggu berantakan, Shuk telah membuat kejutan apabila melakukan live Instagram dimana dia menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi. Dalam muat naik tersebut Shuk dilihat lengkap memakai baju pengantin.

Menerusi video itu, Shuk juga mengambil kesempatan memujuk isterinya dan usahanya itu akhirnya berjaya apabila mereka kembali berbaik pada malam Isnin. Menurut Shuk, 35, mereka juga sudah kembali tinggal sebumbung di Puncak Alam, Selangor.

“Sebelum ini saya balik kampung melawat mak ayah saya di Pulau Pinang dan malam semalam (Isnin), saya betul-betul pujuk Sera (isteri) dan jelaskan semua benda pada dia.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Kalau kita berani buat salah, kita jangan takut mengaku kesalahan dan cari penyelesaiannya. Sekarang saya akan buat apa sahaja yang terbaik sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya,” katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai dakwaan netizen bahawa Shuk sengaja menjadikan konflik rumah tangganya sebagai gimik untuk sebuah produk kecantikan yang dijual isterinya, Shuk meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian.

“Semalam (Isnin) memang saya nak ambil kesempatan itu nak berbaik dengan isteri, sebab saya rasa ia masa yang sesuai dan ini juga merupakan idea pengasas produk tersebut, Joe.



“Pada saya, kita tak boleh nak betulkan semua orang (tanggapan orang). Takkanlah saya nak gunakan isu rumah tangga sendiri sebagai gimik,” jelasnya.

Image_3.jpg

Sementara itu, Shuk juga turut meluahkan rasa sedih kerana masih belum mendapat maklum balas dari pihak pengurusan Hot FM berkaitan penggantungannya.

Untuk makluman, Shuk digantung tugas bermula 25 Januari lalu sejak isu mengenai rumah tangganya kembali hangat diperkatakan dua hari sebelum itu.

“Sampai sekarang tiada feedback daripada Hot FM lepas saya dah beri surat balas kepada mereka. Sebenarnya, saya rasa tergantung juga la sebab tak tahu sampai bila status saya macam ini (tidak boleh bersiaran).

“Saya rindu sangat nak kembali on-air sebab saya dah empat tahun dengan Hot FM dan itu memang kerjaya utama saya,” ujar Shuk yang mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimy yang berusia dua tahun.

Image_4.jpg

ISU ‘MELAMAR’ INTAN LADYANA – HARRIS ALIF AKUI HANYA GIMIK LANCAR LAGU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker