ALI XPDC AMBIL MASA HAMPIR SEBULAN PULIHKAN SEMANGAT YANG HILANG

Penyanyi kumpulan XPDC, Ali, 53, yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Shah Alam akibat masalah jantung awal Januari lalu itu memberitahu sebaik dibenarkan keluar dari wad, dia hanya berehat di rumah kerana semangatnya agak lemah.

Ini kerana, Ali berhadapan dengan keadaan melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika sedang membakar sampah di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang pada 26 Mac tahun lalu. Kemudian, Ali diuji lagi apabila dia dimasukkan ke Hospital Shah Alam akibat masalah jantung awal Januari lalu.

“Dua kali saya berdepan ujian Allah dan saya akui ujian kali kedua buat saya agak ‘down’ juga. Fikiran saya terganggu dengan norma baharu apabila kita tak boleh buat kerja rutin iaitu menyanyi.

“Dalam masa sama Allah uji pula dengan kesakitan. Namun, selepas beberapa kali menerima rawatan, saya dibenarkan keluar. Bagaimanapun saya tetap kena terima hakikat kami golongan penyanyi masih belum dibenarkan bekerja untuk mencari rezeki,” katanya.

Image_2.jpg

Mengambil masa hampir sebulan untuk mengembalikan semangat yang hilang untuk pulih sepenuhnya, Ali berkata, dia juga gembira apabila dikunjungi rakan-rakan jemaah dakwahnya sebaik dibenarkan keluar dari hospital.

“Saya bersyukur kerana rawatan di hospital kerajaan tidak memerlukan kos yang tinggi. Cuma kos isteri saya berulang alik dari rumah ke hospital sahaja yang agak tinggi. Apapun semuanya sudah kembali okay dan saya tetap kena menjalani kehidupan seperti biasa.

“Mereka datang mendoakan dan beri semangat kepada saya. Syukur juga ada peminat yang datang ke rumah untuk bagi sumbangan. Tidak terkecuali ada juga dalam kalangan mereka yang sumbangkan bantuan menerusi akaun saya. Tiada apa-apa yang mampu saya balas kecuali ucapan ribuan terima kasih kepada mereka,” tuturnya yang mempunyai lima anak.

Image_3.jpg

ALI XPDC DIKEJARKAN KE HOSPITAL, ALAMI MASALAH JANTUNG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker