ARMADA kerah akar umbi yakinkan rakyat terima vaksin COVID-19


Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

09/02/2021 02:05 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) akan mengerahkan seluruh anggota peringkat akar umbi untuk berusaha meyakinkan seluruh rakyat Malaysia agar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh kerajaan, dan mendapatkan vaksin Covid-19 seawal mungkin.

Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberikan komitmen bahawa ARMADA akan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Nasional (NIP) yang dijadualkan bermula pada akhir bulan ini seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata usaha itu bertujuan memastikan rakyat memahami bahawa vaksin ini adalah untuk kepentingan semua, dan ia diberikan secara percuma secara berperingkat kepada rakyat.

“Walaupun kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan vaksinasi dan ia boleh diambil dengan rela hati, saya ingin menyeru rakyat Malaysia agar mempertimbangkan secara serius untuk mengambil suntikan vaksin, kerana Covid-19 ini amat mudah berjangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AHLI UMNO TOLAK PPBM – TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker