GELARAN ‘DATUK’ BOY IMAN DAN FARID KAMIL DITARIK BALIK

Gelaran Datuk pada Farid Kamil Zahari, 39, dan Noruliman A. Rahman atau lebih kenali sebagai Boy Iman, 41, telah ditarik balik serta merta.

Menurut Istana Pahang, anugerah darjah kebesaran negeri, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk ditarik balik daripada dua pelakon tanah air itu.

Tarikh surat penarikan semula darjah kebesaran daripada dua artis itu adalah pada 1 Februari lalu.

Tambah setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, selain dua pelakon itu, terdapat tiga individu lagi yang DIMP mereka ditarik balik.

“Mereka adalah Wong Shee [email protected], Tran Thi Mai @Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, penama tersebut tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.

Selain itu, mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *