Hein Htet Aung lengkapi senarai pemain import Selangor 2


Hein Htet Aung (Foto: YouTube)

10/02/2021 11:04 PM

SHAH ALAM, 10 Feb — Pasukan bola sepak Selangor 2 mengikat kontrak bekas pemain Hantharwady United FC dari Myanmar Hein Htet Aung bagi melengkapkan senarai pemain import musim ini.

Selangor FC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, bintang muda Myanmar itu telah menandatangani kontrak untuk bersama pasukan Red Giants sehingga tahun 2023.



Menurut kenyataan tersebut, pemain sayap kanan berusia 19 tahun itu pernah bermain dengan skuad Myanmar bawah 18, 19, 21 dan 23 tahun.

“Beliau juga pernah bermain untuk naib juara Liga Perdana Myanmar musim lalu, Hantharwady United FC sejak 2019 dan telah membuat 28 penampilan selain menjaringkan empat gol.

“Hein turut dinobatkan sebagai pemain yang melakukan bantuan gol tertinggi (sembilan) daripada kesemua liga domestik ASEAN pada tahun lepas,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, Selangor FC menyatakan barisan kejurulatihan dan pegawai teknikalnya akan menyusun rancangan asal pramusim bagi mempersiapkan skuad berkenaan sebelum liga bermula pada awal Mac selepas kerajaan membenarkan program latihan berpusat dibenarkan mulai minggu depan.



“Ini kerana rancangan pramusim sebelumnya telah terhenti susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor.

“Semua pasukan Selangor hingga ke skuad belia akan memulakan latihan seperti biasa pada Isnin ini, sesuai dengan tarikh dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),” menurut kenyataan itu.

Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 18 April – KKMM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button