Perdamaian Semenanjung Korea mesti dicapai – Menteri Luar Korea Selatan


Chung Eui-yong (Foto: -/YNA/dpa)

09/02/2021 03:07 PM

SEOUL, 9 Feb — Menteri Luar baharu Korea Selatan Chung Eui-yong pada Selasa berkata proses damai dengan Korea Utara “ranjau yang perlu diharungi” dan Seoul berikrar bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang lain untuk mencapai matlamat tersebut.

“Diplomasi kita berhadapan situasi sukar. Kita berada pada keadaan tindak balas dan strategi diplomasi diperlukan ekoran kerana ketidaktentuan yang kian meningkat dalam situasi antarabangsa.

“Kita mempunyai tugas untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear dan membawa kedamaian yang berkekalan. Proses itu bukanlah pilihan kita tetapi perlu tetapi jalan yang harus kita ditempuhi,” kata Chung dalam ucapan sempena pelantikannya, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bekas penasihat keselamatan negara itu juga menekankan perlunya Korea Selatan mengukuhkan lagi pakatan dengan AS.

Beliau turut menyeru usaha kerjasama dengan rakan sekutu lain, termasuk China, Jepun, Rusia, ASEAN dan Kesatuan Eropah untuk mencapai keamanan dan kemakmuran serantau.

Usaha harus diteruskan untuk memperluas penyertaan dan kerjasama antarabangsa Korea Selatan dalam bidang seperti kesihatan awam, perubahan iklim, hak asasi manusia dan cabaran keselamatan bukan tradisional, tambah beliau.

Chung, memainkan peranan penting sebagai perantara sidang kemuncak pertama AS-Korea Utara pada 2018.

Sabah longgarkan kemasukan pegawai awam dari Semenanjung

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker