Sikap tidak toleransi, kebencian terhadap Islam di Eropah perlu ditangani



09/02/2021 01:07 PM

BAKU, 9 Feb — Perbincangan mengenai anti-Islam peringkat Eropah perlu dimulakan, kata Pengarah Komunikasi, Perwakilan Khas Eropah mengenai jenayah anti-Yahudi, anti-Islam dan sikap tidak bertoleransi terhadap agama lain, Daniel Holtgen.

“Masanya sudah tiba untuk mula berkongsi pengalaman di peringkat Eropah bagi mengatasi sikap tidak bertoleransi dan kebencian terhadap Islam,” tulisnya di Twitter.

Menurut artikel diterbitkan Agensi Berita Deutschlandradio, Jerman mencatat peningkatan serangan terhadap umat Islam: sejak lebih 900 tahun lalu, lapor Agensi Berita Trend.



Peningkatan kes ini hampir dua peratus berbanding 2019. Dalam kebanyakan kes, pelakunya ialah ekstremis sayap kanan.

“Jumlahnya dijangka lebih tinggi tahun ini kerana berdasarkan pengalaman, kes yang lewat didaftarkan akan bertambah dalam beberapa minggu kemudian,” kata laporan itu.

Menurut ahli politik tempatan Ulla Jelpke, sebahagian besar serangan itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu.

Henti semai kebencian dalam kalangan rakyat – Azmin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker