UPKO alu-alukan peruntukan RM3.1 juta kepada wakil rakyat pembangkang

10/02/2021 10:47 AM

KOTA KINABALU, 10 Feb — Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) mengalu-alukan peruntukan RM100,000 sebagai bantuan COVID-19 kepada setiap 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Sabah.

UPKO dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan menyifakan ia langkah permulaan yang baik ke arah mengenyahpolitikkan urusan pembahagian Dana Pembangunan Masyarakat (CDF).

Namun, UPKO berpendapat bahawa pembaharuan itu boleh diperkembangkan.

“Hajiji akan dikenang dalam sejarah sekiranya kerajaan pimpinannya dapat menggubal undang-undang yang dapat memastikan pembahagian CDF yang adil untuk semua ADUN dan Ahli Parlimen, tanpa mengira fahaman politik parti mereka,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan Sabah kini, menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM2.1 juta kepada Menteri negeri, RM1.14 juta kepada pembantu menteri dan sebanyak RM1.1 juta kepada penyokong kerajaan.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM10,000 kepada Ahli Parlimen setiap bulan untuk urusan menyenggara pusat perkhidmatan mereka namun wang tersebut disalurkan kepada Ketua Bahagian Bersatu bagi 14 kawasan DUN pembangkang di Sabah dan Labuan.

Semalam, Hajiji mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM3.1 juta untuk 31 ADUN pembangkang dan setiap ADUN masing-masing akan menerima RM100,000 untuk membantu mereka menangani masalah di kawasan masing-masing susulan wabak COVID-19.

UPKO hanya memenangi kerusi DUN Kadamanian daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi pembangkang, sementara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan negeri dengan 44 kerusi DUN.

Peruntukan khas RM3.1 juta untuk ADUN pembangkang Sabah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker