URUSAN CERAI – ZARINA ANJOULIE LEGA SUDAH SELESAI
“Assalamualaikum guys, Anju hari ini di Mahkamah Sendayan… Alhamdulillah dah selesai semua kes cerai, semuanya berjalan lancar, semua orang sangat membantu. Anju jumpa Yas dekat situ je, lepas tu tak jumpa sudah… cuma sedih sikit tak dapat cakap bye kat Yas tadi.
Hari ini nak sambung jemput Martin dekat sekolah dan teruskan kehidupan,” demikian kata pelakon Zarina Anjoulie yang meluahkan rasa syukur apabila urusan penceraiannya dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas dipermudahkan dan berakhir dengan baik pada Rabu.
Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkongsi perkara tersebut menerusi laman laman Instagram. memuat naik video berada di Mahkamah Syariah Seremban bagi menyelesaikan urusan tersebut dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Klik untuk gambar besar
Pada 27 Januari lalu, Zarina telah menegjutkan ramai pihak apabila mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas sudah berakhir selepas enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Zarina berkata keputusan itu adalah yang terbaik buatnya dan kini dia mahu fokus kepada kerjaya, anak lelaki dan keluarganya. Zarina dalam masa turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya sepanjang melalui tempoh sukar ini.
“Terima kasih banyak atas kata-kata semangat dan sokongan ini… saya sangat hargai mesej semangat dan doa. – “Tak tahu macam mana nak balas. Terima kasih banyak,” ujarnya.
Untuk makluman, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.