China, AS mahukan hubungan dua hala yang sihat


Foto: Pixabay

11/02/2021 04:38 PM

BEIJING, 11 Feb — Beijing dan Washington sepakat komited untuk memantapkan lagi hubungan dua hala, di samping mengekalkan interaksi rapat dalam isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

Perbualan telefon antara Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada pagi Khamis memberikan mesej dan gambaran positif kepada dunia bahawa kedua-dua kuasa besar itu mendambakan hubungan dua hala dapat diperkukuh.



Xi berkata, China dan AS harus bertindak sehaluan dalam memastikan perkembangan hubungan dua hala yang sihat dan mantap.

Beliau turut menegaskan pentingnya prinsip saling menghormati dan bekerjasama untuk keuntungan bersama tanpa konfrontasi.

Ujarnya, adalah menjadi aspirasi bersama rakyat kedua-dua negara dan masyarakat antarabangsa untuk melihat hubungan China-AS berkembang dengan sihat dan stabil.

Selain memantapkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan kewangan, mekanisme dialog juga perlu dibina semula bagi memudahkan komunikasi antara satu sama lain.



Sementara itu, presiden Joe Biden berkata China merupakan sebuah negara dengan sejarah yang panjang serta tamadun yang gemilang.

Beliau berpendapat kedua-dua negara boleh memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perubahan iklim, selain meneruskan mekanisme dialog yang bersifat konstruktif dan jujur.

Kedua-dua pemimpin turut saling menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baru Cina.

Rakyat Mahukan Pilihanraya- Mahu Sebuah Kerajaan Seperti BN Dahulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker