JICA sumbang PPE kepada NADMA

11/02/2021 04:59 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) hari ini menyumbang kelengkapan perlindungan diri (PPE) bernilai RM654,000 termasuk pakaian luar, pakaian perlindungan penuh, sarung tangan dan pelitup muka kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diedarkan kepada barisan hadapan.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata sumbangan itu manifestasi hubungan dua hala Malaysia dan Jepun yang teguh dan JICA memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta membantu negara-negara di rantau ini untuk pulih daripada pandemik COVID-19.

“NADMA akan memanfaatkan sepenuhnya PPE dan akan menyerahkannya kepada pasukan polis, tentera, Pertahanan Awam dan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bekerja tanpa henti selama pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami gembira JICA membantu barisan hadapan dalam usaha menghentikan COVID-19 , ” katanya pada majlis penyerahan PPE yang diadakan secara maya hari ini.

Turut hadir Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka dan Ketua Perwakilan Pejabat JICA Malaysia, Takiwaza Masahiko.

Aminuddin berkata, PPE berkenaan merangkumi pakaian luar (7,600 keping), pakaian perlindungan penuh (7,600 keping), sarung tangan (3,000 keping) dan pelitup muka N95 (3,000 keping).

Menurut beliau Malaysia sedang menghadapi gelombang ketiga COVID-19 dan telah mengambil pelbagai langkah termasuk melaksanakan PKP untuk mengekang penyebaran virus. Usaha itu menunjukkan kesan ketara walaupun terdapat peningkatan kes positif di daerah-daerah yang berkepadatan tinggi di Lembah Klang.

JICA telah menjalin hubungan kerjasama dengan NADMA melalui projek kerjasama teknikal di Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT) dalam bidang Pengurusan Risiko Bencana.

Sementara itu, Oka berkata kerajaan Jepun telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk memerangi COVID-19 selain memberikan bantuan kemanusiaan melalui pertubuhan antarabangsa di Malaysia bertujuan membantu golongan berisiko.

Doktor swasta gesa Noor Hisham turun padang, dakwa KKM gagal lindungi barisan depan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker