Lagi pegawai NLD ditahan tentera Myanmar

11/02/2021 06:22 PM

YANGON, 11 Feb — Tentera Myanmar pada Rabu menahan beberapa lagi anggota kanan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), kata seorang pegawai parti, lapor Agensi Anadolu.

Antara yang ditahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Tun Tun Hein dan ketua menteri dari lima wilayah.



“Sejak rampasan kuasa mereka dikenakan tahan rumah, tetapi malam tadi (Rabu) polis bawa mereka keluar dari rumah masing-masing.

“Mereka menyokong gerakan anti-kudeta dan menggesa pegawai kerajaan berhenti dan sertai protes,” kata pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Ketua Menteri berjanji memberi “jawatan lebih baik” kepada kakitangan yang menyertai protes itu.

Selain anggota NLD, puluhan yang mengetuai badan pilihan raya peringkat bandar November lalu turut ditahan.



Pada Selasa malam tentera turut menyerbu ibu pejabat NLD di Yangon, merampas dokumen selain musnahkan dan memadam rakaman CCTV.

Bagaimanapun, tindakan tentera itu gagal menghalang penunjuk perasaan meneruskan bantahan mereka di beberapa bandar utama.

Di Yangon, ratusan rakyat berkumpul dekat pintu masuk bangunan Bank Sentral, mengajak kakitangan bersama menyertai protes.

Rampasan kuasa tentera, Myanmar diisytihar darurat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button