MAQIS rampas daging kerbau sejuk beku bernilai RM4.28 juta

11/02/2021 03:22 PM

BUTTERWORTH, 11 Jan — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 335,914 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku bernilai RM4.28 juta kerana menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia, di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Isnin dan Selasa lepas.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata pihaknya memeriksa 12 kontena dari India yang membawa 17,370 kotak daging sejuk beku pada 5.30 petang dan mendapati ia menggunakan logo halal tidak diiktiraf.

“Pemeriksaan MAQIS mendapati keseluruhan dagangan tersebut menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia dan kami merampasnya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana penggunaan logo yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Zarina berkata MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

MAQIS harap Akta 728 dipinda perluas skop penguatkuasaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker