Nama Jho Low tidak pernah disebut dalam minit mesyuarat Kabinet – Saksi


Low Taek Jho

11/02/2021 05:26 PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu yang nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak ditemui pada minit mesyuarat Kabinet ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid menyatakan perkara tersebut ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dalam kes perbicaraan 1MDB bekas Perdana Menteri itu.



Terdahulu saksi pendakwaan ke-11 itu diminta untuk menyemak minit mesyuarat untuk melihat sama ada nama Jho Low pernah disebut dalam minit mesyuarat berkenaan.

Ahmad Akram: Berdasarkan kepada kesemua dokumen yang ada, adakah Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, pernah disebut dalam dokumen ini?

Mazidah: Tidak.

Ahmad Akram: Adakah Najib pernah sebut kepada Kabinet yang Jho Low telah membantu untuk mendapatkan sumbangan daripada seorang putera Saudi kepada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?



Mazidah: Saya tidak ingat, tetapi jika Najib ada sebut nama Jho Low, ia tentunya akan ada di dalam minit mesyuarat. Bagaimanapun nama Jho Low tidak ada dalam minit mesyuarat.

Sementara itu ketika sesi soal balas oleh Peguambela Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi berusia 72 tahun itu berkata, beliau hanya mendengar nama Jho Low apabila isu 1MDB timbul.

Muhammad Shafee: Anda pernah dengar nama Jho Low sebelum ini?

Mazidah: Ia satu nama sebutan ramai.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 billion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin.

Benarkah bukti Zeti jumpa Jho Low ada di tangan SPRM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker