Polis tahan dua pesakit COVID-19 di PKRC disyaki curi telefon bimbit

11/02/2021 05:32 PM

PUTRAJAYA, 11 Feb — Polis menahan dua pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang kerana disyaki mencuri telefon bimbit pesakit lain, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kejadian kira-kira pukul 10.30 malam tadi menyebabkan pegawai perubatan berusia 34 tahun yang bertugas di Dewan C, PKRC terpaksa mengaktifkan kod oren, yang menandakan kecemasan dan meminta bantuan polis.

“Kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 40 tahun itu disyaki mencuri empat telefon bimbit milik pesakit lain. Mereka telah dipindahkan ke dewan lain bagi tujuan keselamatan dan akan ditahan polis selepas sembuh daripada COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata seorang daripada suspek akan mendapat pelepasan dari PKRC hari ini, manakala seorang lagi esok, dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

“Polis telah merampas empat telefon bimbit yang disyaki dicuri kedua-dua lelaki itu dan telah mengambil butiran mereka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hari ini tular beberapa video yang memaparkan anggota polis memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan topi seperti Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di PKRC, MAEPS bagi menahan dua lelaki yang disyaki mencuri telefon bimbit.

Jakarta: Penumpang MRT dilarang bersembang, bercakap guna telefon bimbit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker