BARU 2 JAM LANCAR – ALBUM BELAGU DAYANG DUDUKI CARTA NO 1 ITUNES

“Alhamdulillah thank you so much!!!,” luah penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi laman Instagram apabila album klasik terbaru, Belagu berada di tangga nombor satu carta Itunes Apple Store, hanya dalam tempoh dua jam selepas mula diedarkan hari ini.

Album Belagu menghimpunkan khazanah lagu terbaik tempatan dan nusantara dan diberikan nafas baru oleh Dayang.

“Alhamdulillah BELAGU is out now on all streaming platforms. Thank you for all the love and support. Setiap orang ada impian dan menghasilkan BELAGU adalah antara angan-angan Dayang yang menjadi realiti.

“Tidak terfikir selepas lebih dua dekad di industri seni, Dayang dapat menghasilkan sebuah album Melayu klasik yang dirakamkan secara live.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Menghasilkan BELAGU bukan sahaja satu usaha untuk merealisasikan impian Dayang, tapi ia juga membuka ruang untuk Dayang belajar lebih banyak lagi. Momen-momen merakamkan BELAGU akan Dayang simpan kemas dalam memori seni Dayang.

“Ucapan terima kasih takkan pernah cukup untuk Dayang ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan BELAGU, album ini tidak akan seindah ini tanpa sentuhan kreatif anda semua. Semenjak TUDUNG PERIUK dilancarkan bulan lepas, Dayang cukup terharu akan respon dan feedback yang diberikan.

“Sokongan anda semua khususnya peminat Dayang membuat Dayang lebih bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang. Semoga semua terhibur mendengar Dayang BELAGU,” tulisnya lagi.

Image_3.jpg

BILA SUHAIMI SAAD BAKAL MUNCUL DENGAN ALBUM BARU BERSAMA ISTERI & ANAK-ANAK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker