Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di depan sebuah rumah di Skudai

11/02/2021 06:18 PM

JOHOR BAHRU, 11 Feb — Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di depan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 7.30 pagi.

Beliau berkata bayi itu diletakkan di luar pagar dengan beralaskan kain dan kertas.



“Ketika dijumpai, bayi yang memakai baju hijau putih bercorak kartun itu dalam keadaan sihat dengan tali pusat masih mempunyai klip putih.

“Bayi itu kini berada di Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Rupiah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5562 222.



1,000 orang terjejas banjir di Johor setakat 4 petang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker