Budak mati didera bukti PKP ganggu mental, kata aktivis


© Provided by Projek MM Iesya Toh berkata kes penderaan kanak-kanak yang semakin membimbangkan bukti kesihatan mental masyarakat semakin terganggu. — Foto ihsan Instsgram/Iesya

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas pengacara TV menggesa kerajaan tidak berdiam diri susulan peningkatan kes penderaan kanak-kanak.

Iesya Toh berkata kes penderaan kanak-kanak yang semakin membimbangkan membuktikan kesihatan mental masyarakat semakin terganggu.

“Peningkatan kes penderaan kanak-kanak melibatkan ibu bapa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu membuktikan tahap mental masyarakat semakin terganggu.



“Saya bercakap berdasarkan statistik PDRM apabila kes tersebut mencatatkan peningkatan sehingga 20 peratus.

“Kerajaan dan pihak berwajib perlu melihat tahap kesihatan mental orang ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Tindakan tegas perlu diambil pada setiap pelaku. Keluarga sepatutnya jadi tempat berlindung bukan tempat penyeksaan,” katanya.

Pemandu lori simen ditahan pada Selasa selepas disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun hingga maut.



Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki serta kesan gigitan, selain tiga tulang rusuk kiri patah.

Iesya berkata masyarakat semakin marah selepas kes penderaan kanak-kanak sering dilaporkan media.

“Bila saya kongsi video seorang kanak-kanak didera, Masya Allah apa yang saya boleh kata, memang rakyat Malaysia rasa marah, sedih dan kecewa. Kita semua benci pelakuan seperti itu.

“Mungkin juga ada si pelaku yang lain turut menyaksikan video itu. Jika anda salah seorang dari pelaku, bacalah komen.

“Anda akan tahu betapa kami benci apa yang anda buat pada golongan bayi dan kanak-kanak ini,” katanya.

Korea Selatan: Perbicaraan kes dera anak angkat bermula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker