Gala Tahun Baru Cina, temasya budaya penuh gemilang
12/02/2021 04:09 PM
BEIJING, 12 Feb — Gala Tahun Baru Cina anjuran Kumpulan Media China (CMG) menyajikan temasya budaya bertaraf tinggi kepada penonton di serata dunia.
Diadakan di ambang perayaan pada malam Khamis, gala itu menghidangkan pelbagai persembahan menarik termasuk nyanyian, tarian, opera, sketsa komedi dan dialog rancak “crosstalk”.
Menonton acara itu bersama keluarga sudah menjadi antara tradisi lazim rakyat China.
Selain memaparkan keunikan budaya tradisional, atur cara persembahan juga mengetengahkan pelbagai tema seperti program pembasmian kemiskinan dan usaha memerangi wabak COVID-19.
Diinspirasikan daripada kehidupan seharian masyarakat, persembahan itu selain mempesonakan ia turut menyentuh perasaan penonton.
Gala itu turut memaparkan kebudayaan pelbagai negara dan diserikan persembahan artis luar negara.
Penonton juga berpeluang menyaksikan pelbagai teknologi canggih yang digunakan seperti “AI+3D”, khusus untuk memberikan kesan audio visual luar biasa.
Gala itu disiarkan secara langsung dan mendapat liputan lebih 600 media dari 170 negara dan wilayah.
Lintas langsungnya diikuti seramai 1.14 bilion penonton, antaranya 569 juta melalui platform media baharu dan 571 juta melalui televisyen.
China pamer kecanggihan teknologi inovatif dalam Gala Tahun Baru