Presiden PPBM Perlu Urus Persepsi Imej Azmin

Pelaku Video Kontroversi Hantui PPBM

Perhubungan awam adalah penting dalam meyakinkan penerimaan terhadap individu dan parti.

Sepertimana diketahui seluruh negara, Azmin Ali pernah dikaitkan dengan satu klip video kontroversi di Sabah. Ketika itu beliau masih Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Bermulalah teori konspirasi dalam isu kontroversi melibatkan perlakuan seks songsang. PKR yang pernah terpalit isu sama melibatkan Presiden parti turut terheret dalam isu berkenaan.



Tanpa diduga selepas ‘Sheraton Move’, Azmin mengambil langkah drastik meninggalkan PKR dan menyertai PPBM dengan sokongan 9 ahli parlimen PKR yang lain.

Bagaimanapun persepsi moral Azmin terus diperkatakan walau pihak berkuasa menyatakan seorang lagi individu yang terlibat tidak dapat dikenalpasti.

Adakah imej Azmin yang kini merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional telah berjaya dikikis dari masyarakat? Presiden PPBM perlu tampil dengan penjelasan munasabah bagi memastikan peluang PPBM memenangi Pru15 tidak dicemari isu kontroversi Azmin.

Malah sebelum menjawat jawatan Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa sendiri pernah mengingatkan budaya songsang dan LGBT antara faktor pengundi Melayu akan menolak PPBM.



Tidak diketahui apa pendirian Annuar Musa terhadap isu membabitkan Azmin selepas beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Mungkinkah kini nada Annuar Musa berbeza sedikit daripada dahulu dalam bab penerimaan budaya songsang? Beliau juga perlu tampil menjelaskan pendiriannya dalam hal membabitkan persepsi umum.

Apa yang jelas sekarang, Presiden PPBM sendiri perlu menguruskan persepsi imej Azmin. Perlu diingatkan Azmin sebelum ini telah bersama PKR selama lebih 2 dekad dan gerakan beliau antara yang menyebabkan keruntuhan Pakatan Harapan.

Tidak mustahil sekiranya ada protes dalaman terhadap Azmin, PPBM pula akan menerima nasib sama seperti PKR dan PH. Apakah PPBM akan membuka peluang kepada mereka yang mengamalkan seks songsang dan terlibat dalam kegiatan LGBT menjadi pemimpin parti?

MAHATHIR SEDIA JADI SAKSI KES AZMIN ALI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker