Sekatan sepihak terhadap Venezuela jejaskan rakyat

19/02/2021 07:45 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Langkah Sekatan Sepihak (UCM) yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Venezuela telah menyebabkan “kesan buruk” kepada rakyat Venezuela, memetik Laporan Khas Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi Manusia.

Menurut kenyataan akhbar Kedutaan Venezuela di Malaysia, Pelapor Khas PBB Alena Douhan yang melawat Venezuela dari 1 hingga 12 Februari melaporkan UCM jelas menjejaskan “hak asasi manusia, terutama hak untuk makanan, kesihatan, kehidupan, pendidikan dan pembangunan ”.

Laporan awalnya disiarkan pada 12 Februari di laman web pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia.

“Dalam laporan itu, Pelapor Khas PBB menyatakan bahawa ” sekatan sepihak yang semakin banyak dikenakan AS, EU dan negara-negara lain telah memburukkan lagi masalah,” memetik kenyataan itu kepada BERNAMA.

Laporan itu dihasilkan dengan mengumpul maklumat menerusi pelbagai kajian yang dilakukan membabitkan sektor politik, ekonomi dan sosial.

Dapatan daripada lawatan ini akan dinyatakan dalam laporan akhir, yang akan disampaikan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada September 2021.

Menurut kenyataan itu lagi, UCM mengakibatkan masalah ekonomi yang serius termasuk: inflasi tinggi, upah lebih rendah, kemiskinan, perkhidmatan kesihatan awam terjejas, ratusan ribu rakyat terpaksa berhijrah dan penyediaan bekalan elektrik dan air minuman tidak sempurna.

“Sekatan UCM dalam sistem kewangan antarabangsa menjadikan ia lebih parah ketika pandemik COVID-19. Pembekuan aset Venezuela secara tidak sah di bank-bank di AS, UK, Switzerland, Jepun, Portugal dan negara-negara lain, berjumlah lebih US$6 bilion. Ia menafikan hak negara itu serta menghalangnya memenuhi keperluan penduduknya,” tambah kenyataan itu.

Douhan menambah “penolakan berulang kali bank AS, UK dan Portugal untuk melepaskan aset Venezuela meskipun untuk tujuan ubat-ubatan, vaksin dan alat perlindungan, di bawah kawalan organisasi antarabangsa” melanggar prinsip kedaulatan Negara. dan digesa oleh PBB

Bagi tujuan itu, laporan PBB mendesak negara dan bank terlibat menarik balik tindakan tersebut.

Sekatan sepihak terhadap minyak, emas, perlombongan dan sektor ekonomi lainnya, syarikat penerbangan dan industri penyiaran melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Laporan itu juga meminta semua negara untuk “mengkaji dan menarik kembali sekatan tertentu sesuai dengan prinsip undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.”

316 warga Jepun, Korea Selatan hilang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker