SCHA ALYAHYA SELAMAT BERSALIN – LARA ALANA KINI BERGELAR KAKAK

“Alhamdulillah, saya sekarang sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata,” demikianlah kata pelakon dan pengacara, Awal Ashaari apabila dia kini selamat menimang cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan, kira-kira jam 9.15 pagi, hari ini di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Suami kepada Scha yang juga pelakon dan pengacara itu berkata, isteri dan bayinya mereka dalam keadaan sihat dan baik. Pasangan ini juga telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram masing-masing, sebentar tadi.

“Proses bersalin Scha juga dipermudahkan. Scha dan bayi kami dalam keadaan baik. Insya Allah, kalau semuanya sudah okay, Scha dan bayi akan dibenarkan keluar tidak lama lagi,” tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Awal turut menzahirkan rasa syukur apabila impian mendapatkan cahaya mata kedua dimakbulkan selepas menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.

“Lama juga menanti untuk dapatkan yang kedua ini. Syukur apabila segalanya dipermudahkan. Insya Allah, Scha akan berpantang di rumah kami. Lara pun sudah tidak sabar nak melihat adiknya. Terima kasih atas doa semua,” ujarnya.

Untuk info, Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan kini telah dikurniakan dua orang anak, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun serta bayi yang dilahirkan hari ini.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

SCHA ALYAHYA ‘DEACTIVATE’ IG: “I’VE HAVE ENOUGH!” – PEMINAT MULA RISAU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker