Suspek rogol anak saudara ditahan


© Provided by Harian Metro GAMBAR hiasannurul.hidayah

Petaling Jaya: Akibat tidak lagi sanggup menjadi mangsa rogol bapa saudaranya, remaja perempuan membuat laporan berhubung kejadian itu, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 14 tahun itu pada 12.51 tengah hari.

“Menurut mangsa, dia dirogol suspek berusia 41 tahun berkenaan sejak Mac hingga Disember tahun lalu di rumah keluarga mereka.

“Mangsa memaklumkan dia dirogol oleh suspek ketika ibunya tiada di rumah atau semasa adik-beradiknya tidur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan suspek di rumah di sini, pada 7.30 petang hari sama.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Mangsa kini diberikan perlindungan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Mampukah Islam Di Malaysia bertahan dengan Dakyah “Window 10/40”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker